Pages

Friday, June 18, 2010

Dewan Seminar As-Sakinah Resort

Berkursus di hotel di tengah-tengah bandar? Sesak, sempit pandangan, parking, terlalu commercial, rasa plastik, air berklorin, sejuk air-cond, lesu, mengantuk...

itu adalah contoh-contoh perasaan dan pengalaman yang dilalui selalunya jika kita pergi berkursus. Untuk menjalani kursus alangkah seronok kalau tempat itu mempunyai cuaca yang damai dan menyegarkan, pemandangan hijau dan langit biru sambil dibuai angin segar yang nyaman. Air semula jadi yang sejuk.

Penginapannya juga membuatkan anda merasa seperti di rumah anda sendiri, relaks dan tidak kekok untuk melakukan sesuatu perkara. Kemudahannya lengkap, tidak terlebih dan tidak terkurang. just nice.

Tempat yang ideal untuk berkursus. Pemandangan luas akan dapat membukakan fikiran, suasana sekeliling yang harmoni dan tenteram akan dapat merehatkan badan yang makin surut dengan kesegaran.

Makanan pula mesti enak!

Tempat cantik+tenteram+selesa+kemudahan lengkap+ makanan sedap = As-Sakinah Resort

Dewan Seminar As-Sakinah Resort

Dewan yang mampu memuatkan 40 peserta

Jambatan menghubungkan darat dan air


duduk petang di sini sambil ditiup angin nyaman memang indah.

1 comment:

  1. interested nak buat high impact team course disini tetapi nak tau rate semalaman untuk kakitangan kerajaan

    ReplyDelete