Pages


Tuesday, July 28, 2009

Al-Sakinah River Lodge, Janda Baik







assalamualaikum,

setelah menunggu hampir 6bulan (bermula feb09) maka alhamdulillah sekarang ini telah siap al-sakinah river lodge - destinasi percutian YANG BARU yang dapat menjanjikan satu pengalaman yang baru untuk sahabat handai dan rakan taulan, insyaallah.

kami sekeluarga pun sebenarnya tidak pernah menyangka akan menjadi resort owner/operator - terutamanya dihujung2 kehidupan post-persaraan!

kg janda baik hanya kira2 40km dari toll gombak/karak. terlalu dekat untuk mereka yang berada di lembah kelang untuk melawatinya. dan...... kehijauan kg janda baik, air sungai (sungai benus - one of the tributaries of sungai pahang!) yang sejuk dan dingin, jernih dan berjeram.... amat menarik untuk dinikmati... kurniaan illahi. dan latarbelakang hutan simpan kekal yang sangat menakjubkan.

nikmatilah gambar2 tentang 'keadaan' al-sakinah di atas. ada 12bilik semuanya yang menanti anda untuk anda dan keluarga, sabahat-handai, rakan dan taulan - untuk bersama2 menjadi sebahagian darinya.

arifin.

Monday, April 27, 2009

Villa Rayhan nama diberi

Villa Rayhan ialah sebuah banglo untuk percutian sekeluarga yang dibangunkan di atas sebuah taman yang indah. Lengkap dengan segala kemudahan asas. Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti memancing, BBQ, mandi di sungai yang nyaman dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik untuk anda sekeluarga. Rasailah suasana tenang dan damai di Janda Baik

Kemudahan:

  • Tiga bilik tidur
  • Sebuah Dapur
  • Dua bilik air
  • Pondok BBQ
  • Surau di tingkat atas
  • Pondok santai
  • Sebuah ruang tamu
  • Sebuah kolam ikan


Pemandangan menarik dari tasik


Bilik tidur kedua


Binaan rumah yang penuh dengan seni pertukangan


Bilik tidur utama


Ruang tamu bahagian bawah dilengkapi dengan Astro




Taman bunga dan gazebo dari pandangan tingkat atas


Villa Rayhan. Bila mahu datang merasai suasananya?

Monday, February 2, 2009

to know Janda Baik


Janda Baik is a small town in Pahang, Malaysia. Geographically located in the state of Pahang, Malaysia(03 31N Longitude 101 55 E). About 30km from Kuala Lumpur, capital of Malaysia.




A simple Malay kampong or village with a population of approximately 1000 people. Cool breezing tropical climate of 22 C(night)to 28 C(day). A peaceful village surrounded with untouchable natural tropical rain forest at altitude of 600-800 m above sea level. Idealistic for retreat from the hectic city life of Kuala Lumpur where temperature reaches 34 C at its peak in daytime.

The Janda Baik area has training camps which provide a quiet retreat from the busy city life of Kuala Lumpur, situated in a cooling atmosphere. Janda Baik is situated near Genting Sempah, about 40 minutes to drive from Kuala Lumpur.




Almost all the accommodation in the area is able to organize motivational courses, as well as various obstacle challenges such as the ever popular jungle trekking, waterfalls, water rafting, off road 4 wheel drive, flying fox and abseiling. Camping grounds are available.

Sunday, February 1, 2009

Perjumpaan Hari Raya ex-BBMB 2008


Kerja mengadakan Majlis Perjumpaan Tahunan ExBBMB (pasca pembubarannya) adalah sesuatu yang AJK Baktiputra merasa berat untuk melaksanakan tetapi sentiasa looking forward to it. 2008 adalah kali yang ke-7 Baktiputra mengadakannya. Dan insya'Allah, setiap kali kita berhariraya IdulFitri, kita akan mengadakannya.

Ramai yang mengorbankan masa dan tenaga serta wang ringgit untuk mengadakannya. Sdra Azmi Aris, Sdra Mokhtar Hussin, Sdra Othman Serom, Sdra Hamid Ariffin, Sdra Tuan Hanizam, Sdra Ahmad Md Noor, Sdra Ibrahim Taib, Sdra Dom Amy, Sdra Ramli Taib, Sdra Hasni Arshad, Sdra Rahman Kadir, Sdra Hamid Othman, Sdra Samsuddin Mearaj, Puan Zariah Kassim, Datin Hj Kalthom dan ramai lagi yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu.

Dan ramai lagi para dermawan yang sangat-sangat bermurah hati. Tanpa sumbangan mereka, agak perit juga untuk AJK menanggung kesemua kos yang terlibat dalam mengadakannya. Harga sewa dewan perjumpaan, juadah dan kueh-mueh, banner dsbnya bukan murah harganya!

Penyokong setia seperti Tn Hj Badlishah, Tn Hj Kamaralzaman dan ramai lagi terus memberikan semangat kepada AJK Baktiputra untuk terus berkhidmat.

Dan yang lebih penting adalah peminat-peminat setia yang sentiasa hadzir pada majlis-majlis tersebut setiap tahun. Mereka datang berbondong-bondong dengan ahhi keluarga dan dengan hati yang terbuka dan berlapang dada, mengeratkan semula silaturrahim dan menjalinkan semula hubungan yang sudah terputus sesama kita warga BBMB.

Sampai bila warga BBMB ini dapat bertahan? Ramai juga yang telah kembali ke rahmatullah dari masa ke masa. Bilakah masa kita pula?


Kawan-kawan lama di BBMB an mereka ini semuanya 'big bosses' sekarangTuan Haji Hassan Razak


Macamlah dia menang pilihan raya! Tuan Hj Badlishah dan Tn Hj Kamaralzaman adalah calon yang kalah.....


Longest serving BBMB staff


KLIK untuk besarkan gambar ini. Lihatlah sendiri gambar anda didalamnya!


Kalau anda berhasrat untuk memesan gambar ini, sila e-mail atau telefon/sms saya.

Saturday, January 31, 2009

Colours of Janda Baik


the spectacular lake view


double storey


Baung 1.2 kg


Having lunch in the afternoon

-
-
-
-
-
-