Pages


Sunday, February 1, 2009

Perjumpaan Hari Raya ex-BBMB 2008


Kerja mengadakan Majlis Perjumpaan Tahunan ExBBMB (pasca pembubarannya) adalah sesuatu yang AJK Baktiputra merasa berat untuk melaksanakan tetapi sentiasa looking forward to it. 2008 adalah kali yang ke-7 Baktiputra mengadakannya. Dan insya'Allah, setiap kali kita berhariraya IdulFitri, kita akan mengadakannya.

Ramai yang mengorbankan masa dan tenaga serta wang ringgit untuk mengadakannya. Sdra Azmi Aris, Sdra Mokhtar Hussin, Sdra Othman Serom, Sdra Hamid Ariffin, Sdra Tuan Hanizam, Sdra Ahmad Md Noor, Sdra Ibrahim Taib, Sdra Dom Amy, Sdra Ramli Taib, Sdra Hasni Arshad, Sdra Rahman Kadir, Sdra Hamid Othman, Sdra Samsuddin Mearaj, Puan Zariah Kassim, Datin Hj Kalthom dan ramai lagi yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu.

Dan ramai lagi para dermawan yang sangat-sangat bermurah hati. Tanpa sumbangan mereka, agak perit juga untuk AJK menanggung kesemua kos yang terlibat dalam mengadakannya. Harga sewa dewan perjumpaan, juadah dan kueh-mueh, banner dsbnya bukan murah harganya!

Penyokong setia seperti Tn Hj Badlishah, Tn Hj Kamaralzaman dan ramai lagi terus memberikan semangat kepada AJK Baktiputra untuk terus berkhidmat.

Dan yang lebih penting adalah peminat-peminat setia yang sentiasa hadzir pada majlis-majlis tersebut setiap tahun. Mereka datang berbondong-bondong dengan ahhi keluarga dan dengan hati yang terbuka dan berlapang dada, mengeratkan semula silaturrahim dan menjalinkan semula hubungan yang sudah terputus sesama kita warga BBMB.

Sampai bila warga BBMB ini dapat bertahan? Ramai juga yang telah kembali ke rahmatullah dari masa ke masa. Bilakah masa kita pula?


Kawan-kawan lama di BBMB an mereka ini semuanya 'big bosses' sekarangTuan Haji Hassan Razak


Macamlah dia menang pilihan raya! Tuan Hj Badlishah dan Tn Hj Kamaralzaman adalah calon yang kalah.....


Longest serving BBMB staff


KLIK untuk besarkan gambar ini. Lihatlah sendiri gambar anda didalamnya!


Kalau anda berhasrat untuk memesan gambar ini, sila e-mail atau telefon/sms saya.

No comments:

Post a Comment