Pages


Tuesday, July 13, 2010

Tuesday, June 29, 2010

Sungai As-Sakinah

Sila lihat gambar-gambar sungai di As-Sakinah resort.

Tempat picnic di tepi sungai, selalunya pada waktu malam pengunjung akan membuat BBQ di sini. cuba bayangkan cuaca dingin malam, derusan air sungai yang mengalir dan makanan bbq yang nyum nyum.. hebat bukan?

Air sungai agak deras selepas hujan.

time ni lah syok untuk 'jacuzzi semulajadi". hehe

Port bawah pokok tu boleh jadi sedalam 2 meter tau.

Tengah hari buta pon boleh mandi lagi budak2 ni. naik ke darat pastu lapar.. sibuk cari ayam yang mak masak td

ps:belum cukup duit nak beli dslr.

Friday, June 18, 2010

Dewan Seminar As-Sakinah Resort

Berkursus di hotel di tengah-tengah bandar? Sesak, sempit pandangan, parking, terlalu commercial, rasa plastik, air berklorin, sejuk air-cond, lesu, mengantuk...

itu adalah contoh-contoh perasaan dan pengalaman yang dilalui selalunya jika kita pergi berkursus. Untuk menjalani kursus alangkah seronok kalau tempat itu mempunyai cuaca yang damai dan menyegarkan, pemandangan hijau dan langit biru sambil dibuai angin segar yang nyaman. Air semula jadi yang sejuk.

Penginapannya juga membuatkan anda merasa seperti di rumah anda sendiri, relaks dan tidak kekok untuk melakukan sesuatu perkara. Kemudahannya lengkap, tidak terlebih dan tidak terkurang. just nice.

Tempat yang ideal untuk berkursus. Pemandangan luas akan dapat membukakan fikiran, suasana sekeliling yang harmoni dan tenteram akan dapat merehatkan badan yang makin surut dengan kesegaran.

Makanan pula mesti enak!

Tempat cantik+tenteram+selesa+kemudahan lengkap+ makanan sedap = As-Sakinah Resort

Dewan Seminar As-Sakinah Resort

Dewan yang mampu memuatkan 40 peserta

Jambatan menghubungkan darat dan air


duduk petang di sini sambil ditiup angin nyaman memang indah.

Monday, March 15, 2010

Bunga-bunga Assakinah




Nikmatilah pelbagai bunga-bunga dan tumbuhan eksotik di tanah subur Assakinah.
kalau anda tidak faham apa yang saya cuba kongsi bersama ini, mungkin sudah tiba masanya anda datang sendiri ke Assakinah dah menghayati keindahan taman dan udara yang nyaman di sini.

Sunday, February 28, 2010